Untuk Suami..

- Usah membelakangkan pendapat isteri dalam membuat sebarang
keputusan berhubung rumah tangga atau perkara lain. Minta pendapat
isteri supaya dia berasa lebih dihargai.

- Suami yang gagal menonjolkan akhlak mulia akan mengurangkan rasa
hormat keluarga padanya. Hilangnya contoh yang baik dalam keluarga
adalah antara punca anak menjadi liar.

- Suami tidak seharusnya
terlalu tegas dan kasar pada anak kerana ia mengganggu proses
perkembangan serta emosi. Awasi bahasa percakapan dan hindari ungkapan
kesat atau maki hamun.

- Suami yang bersikap ganjil atau
gila-gila akan mengurangkan rasa hormat serta memberi tekanan pada anak
dan isteri. Suami yang matang dan berwibawa akan lebih dicontohi lagi
dihormati.

- Suami yang tidak tetap pendirian dalam membuat
keputusan tidak dapat membimbing ahli keluarganya dengan sebaik
mungkin. Antara punca kegagalan adalah sikap ragu-ragu.

- Suami
tidak seharusnya menggunakan cara menggertak atau mengugut isteri walau
untuk apa tujuan sekalipun. Perbuatan itu sebenarnya hanya
memperlekehkan isteri.

- Suami yang kerap pulang lewat ke rumah
akan hanya memberi tekanan pada isteri dan anak-anak. Berusaha seawal
mungkin untuk berada di rumah kerana seorang suami sering ditunggu
kepulangannya.

- Suami yang gagal menguruskan masanya dengan
baik dan berkesan turut gagal dalam meluangkan masa bersama isteri
serta anak. Usah jadikan rumah ibarat tempat persinggahan.

-
Suami yang mengabaikan rumah tangga serta tidak memberi perhatian pada
isteri dan anak akan hanya membuatkan mereka rasa tidak diperlukan.
Paling tidak, hubungilah mereka ketika waktu makan tengah hari dari pejabat. Bijak memperuntukkan masa dan sesekali bercuti bersama mereka.

-
Suami yang tidak bersedia memohon maaf daripada isteri sebenarnya ego
dan menyakiti hati isteri. Ungkapan maaf pada isteri boleh membuatkan
suami lebih disayangi dan dihormati.

- Usah mengkritik isteri
keterlaluan sama ada dari segi penampilan, masakan atau apa saja kerana
ia akan memadamkan kreativiti serta semangat si isteri. Pujian dan
dorongan mampu meningkatkan semangatnya.

- Usah berbohong pada
isteri kerana ia boleh menggugat kepercayaan isteri pada suami apabila
ia terbongkar. Bersemuka dengan isteri lebih menyerlahkan kejujuran.

-
Isteri tidak gembira jika suami terlalu kedekut atau berkira untuk
perbelanjaan keluarga. Sesekali hiburkan hati isteri dengan menunaikan
permintaannya asalkan tidak keterlaluan.

- Isteri mungkin kecewa
jika suami gagal mengingati tarikh penting dalam hidup mereka seperti
ulang tahun perkahwinan dan kelahiran. Hargailah isteri dengan ucapan
atau pemberian.

- Suami yang pendiam, dingin dan pasif dengan
isteri sebenarnya gagal mengemudi perkahwinannya dengan baik.
Kedinginan suami menyebabkan isteri rasa terpinggir dan tidak
dipedulikan.

- Suami yang kurang komunikasi dan interaksi dengan
isteri atau keluarga menyebabkan anak dan isteri semakin menjauh
daripadanya. Banyakkan sentuhan dan renungilah mata mereka
sedalam-dalamnya.

- Suami tidak harus bermata keranjang kerana sikap itu menunjukkan perangai yang tidak matang di samping melukakan hati isteri.

-
Suami yang cemburu buta pula adalah suami yang tidak rasional. Cemburu
adalah tanda sayang, namun biarlah berpada-pada kerana ia boleh
merosakkan kesabaran dan kepercayaan isteri.

- Suami yang cetek
ilmu agamanya tidak dapat berfungsi sebagai ketua keluarga dengan
cemerlang. Kegagalan memberi nilai rohani kepada mereka membenihkan
kemungkaran.

- Usah bandingkan isteri dengan wanita lain kerana
setiap manusia mempunyai keistimewaan sendiri. Sudah lumrah kiranya ada
kekurangan kerana mereka dijadikan Allah untuk saling melengkapi.

- Elakkan mungkir janji dengan isteri dan anak-anak kerana kegagalan menepati janji pasti akan mengecewakan hati mereka.

-
Usah biarkan urusan rumah tangga dan pendidikan anak-anak pada isteri
saja. Walaupun isteri diamanahkan membimbing mereka, suami perlu
bersama untuk memberi perhatian sewajarnya.

- Suami tidak harus
memendam perasaan jika tidak berpuas hati dalam sesuatu perkara. Ia
ibarat gunung berapi yang pasti akan meletup bila-bila masa dan boleh
memakan diri.

Suami


 

 

Comments are closed.