Archive for April, 2008

Jangan Pandang Belakang……..

Thursday, April 17th, 2008

Punca masalah selalunya sebab kita terlalu lama melihat kehidupan silam dan bukan memandang masa depan..

Sebab tu pakar sejarah menyifatkan, melihat sejarah atau kehidupan silam ibarat melihat cermin sisi & belakang ketika kita memandu kenderaan.

Kita boleh kemalangan jika kita lansung tidak melihat cermin sisi & belakang ketika memandu.

Bagaimanapun, kita hanya perlu melihat cermin sisi & belakang itu apabila perlu sahaja. Jika hanya melihat cermin sisi & belakang itu sepanjang masa tanpa memandang ke depan, sudah tentu kita akan kemalangan..


Kesimpulannya, tak salah kalau kita menyesali & mengingati kekurangan kita di masa silam. Anggap ia sebagai sesuatu yg sentiasa mengingatkan diri kita supaya tidak mengulanginya. Ambil kekurangan kita sebagai sesuatu yg positif. Sebab, kita akan sentiasa mencari peluang utk merubah diri kita supaya kita jadi jauh lebih baik lagi.

Ingat, sentiasa pandang kehadapan.. Tapi sesekali, jgn lupa utk menjeling ‘cermin’ sisi & belakang kita..

hehehe..

P3280058

opsssssieee…

Al-Kursi

Monday, April 14th, 2008

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmah Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumahjirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang ygbersyukur,setiap perbuatan orang yg
benar,pahalanabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan
mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…"Wassalam,"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu,Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu" Subhanallah…


Cerita ini buat aku fikir panjang…


Seorang penuntut wanita yang beragama islam di amerika dlm perjalanan pulang ke rumah,dan mengambil jalan shortcut ke rumahnya.. dalam perjalanannya,kelihatan seorang lelaki yang bersandar di tepi dinding kelihatan sprt menunggu sesuatu.. Lantas wanita yang hanya berseorangan itu membaca ayat kursi dan memohon perlindungan drpd Allah SWT dr sgala kejahatan yang bakal menimpanya..

Dan akhirnya wanita tersebut berjaya smp ke rumah tanpa sbrg malapetaka yang menimpa.. keesokannya terhias di dada akhbar tntg seorg wanita yg dirogol di jalan yang telah dilaluinya semlm dan pd waktu yang terdekat setelah dia melaluinya.

Lantas dgn perasaan hairan,dia ke pjbt polis untuk bertemu dgn perogol tersebut dan jelaslah bhw lelaki tersebut adlh lelaki yang bersandar di tepi dinding semlm..Pabila ditanya mengapa dia tdk dijadikan mangsa..

Perogol tersebut menjawab..bhw disisi wanita tersebut diiring dua org lelaki sasa yang bertubuh besar..

Lantas wanita tersebut memanjatkan syukur kpd Allah SWT..

Wallaua’lam..

Untuk Suami..

Wednesday, April 9th, 2008

- Usah membelakangkan pendapat isteri dalam membuat sebarang
keputusan berhubung rumah tangga atau perkara lain. Minta pendapat
isteri supaya dia berasa lebih dihargai.

- Suami yang gagal menonjolkan akhlak mulia akan mengurangkan rasa
hormat keluarga padanya. Hilangnya contoh yang baik dalam keluarga
adalah antara punca anak menjadi liar.

- Suami tidak seharusnya
terlalu tegas dan kasar pada anak kerana ia mengganggu proses
perkembangan serta emosi. Awasi bahasa percakapan dan hindari ungkapan
kesat atau maki hamun.

- Suami yang bersikap ganjil atau
gila-gila akan mengurangkan rasa hormat serta memberi tekanan pada anak
dan isteri. Suami yang matang dan berwibawa akan lebih dicontohi lagi
dihormati.

- Suami yang tidak tetap pendirian dalam membuat
keputusan tidak dapat membimbing ahli keluarganya dengan sebaik
mungkin. Antara punca kegagalan adalah sikap ragu-ragu.

- Suami
tidak seharusnya menggunakan cara menggertak atau mengugut isteri walau
untuk apa tujuan sekalipun. Perbuatan itu sebenarnya hanya
memperlekehkan isteri.

- Suami yang kerap pulang lewat ke rumah
akan hanya memberi tekanan pada isteri dan anak-anak. Berusaha seawal
mungkin untuk berada di rumah kerana seorang suami sering ditunggu
kepulangannya.

- Suami yang gagal menguruskan masanya dengan
baik dan berkesan turut gagal dalam meluangkan masa bersama isteri
serta anak. Usah jadikan rumah ibarat tempat persinggahan.

-
Suami yang mengabaikan rumah tangga serta tidak memberi perhatian pada
isteri dan anak akan hanya membuatkan mereka rasa tidak diperlukan.
Paling tidak, hubungilah mereka ketika waktu makan tengah hari dari pejabat. Bijak memperuntukkan masa dan sesekali bercuti bersama mereka.

-
Suami yang tidak bersedia memohon maaf daripada isteri sebenarnya ego
dan menyakiti hati isteri. Ungkapan maaf pada isteri boleh membuatkan
suami lebih disayangi dan dihormati.

- Usah mengkritik isteri
keterlaluan sama ada dari segi penampilan, masakan atau apa saja kerana
ia akan memadamkan kreativiti serta semangat si isteri. Pujian dan
dorongan mampu meningkatkan semangatnya.

- Usah berbohong pada
isteri kerana ia boleh menggugat kepercayaan isteri pada suami apabila
ia terbongkar. Bersemuka dengan isteri lebih menyerlahkan kejujuran.

-
Isteri tidak gembira jika suami terlalu kedekut atau berkira untuk
perbelanjaan keluarga. Sesekali hiburkan hati isteri dengan menunaikan
permintaannya asalkan tidak keterlaluan.

- Isteri mungkin kecewa
jika suami gagal mengingati tarikh penting dalam hidup mereka seperti
ulang tahun perkahwinan dan kelahiran. Hargailah isteri dengan ucapan
atau pemberian.

- Suami yang pendiam, dingin dan pasif dengan
isteri sebenarnya gagal mengemudi perkahwinannya dengan baik.
Kedinginan suami menyebabkan isteri rasa terpinggir dan tidak
dipedulikan.

- Suami yang kurang komunikasi dan interaksi dengan
isteri atau keluarga menyebabkan anak dan isteri semakin menjauh
daripadanya. Banyakkan sentuhan dan renungilah mata mereka
sedalam-dalamnya.

- Suami tidak harus bermata keranjang kerana sikap itu menunjukkan perangai yang tidak matang di samping melukakan hati isteri.

-
Suami yang cemburu buta pula adalah suami yang tidak rasional. Cemburu
adalah tanda sayang, namun biarlah berpada-pada kerana ia boleh
merosakkan kesabaran dan kepercayaan isteri.

- Suami yang cetek
ilmu agamanya tidak dapat berfungsi sebagai ketua keluarga dengan
cemerlang. Kegagalan memberi nilai rohani kepada mereka membenihkan
kemungkaran.

- Usah bandingkan isteri dengan wanita lain kerana
setiap manusia mempunyai keistimewaan sendiri. Sudah lumrah kiranya ada
kekurangan kerana mereka dijadikan Allah untuk saling melengkapi.

- Elakkan mungkir janji dengan isteri dan anak-anak kerana kegagalan menepati janji pasti akan mengecewakan hati mereka.

-
Usah biarkan urusan rumah tangga dan pendidikan anak-anak pada isteri
saja. Walaupun isteri diamanahkan membimbing mereka, suami perlu
bersama untuk memberi perhatian sewajarnya.

- Suami tidak harus
memendam perasaan jika tidak berpuas hati dalam sesuatu perkara. Ia
ibarat gunung berapi yang pasti akan meletup bila-bila masa dan boleh
memakan diri.

Suami