Archive for September, 2006

Kejadian2 begini buat aku…

Friday, September 29th, 2006

Aritu
masa tunggu member2 beli lauk kat pasar ramadan aku jumpa sorang mamat nie.. Lama
tak jumpa.. aku pun borak2 ngan dia..

Heheh..

Aku
tau, dia ni mmg jenis yg kurengg skit & suka loyar buruk.. Sbb slalu
terkena ngan dia.. kalini, aku ada plan best punya.. Mmg plan nak kenakan dia
balik..

Tengah2 sembang tu..


aku: Aaa.. hang posa dak arini..?


dia: Puasalah..
ko..?

aku: Hey.. mesti la aku posa..
       Cuma… Masa first day tu, aku ‘ter’korek hidung..

       ‘Ter’, ok.. Aku terlupa hari tu puasa.

       (b4 dia loyar buruk ngan
aku, biar aku start dulu..)


dia: Eh. samalah. Aku pun terkorek hidung !!!

       ((*excited..!!*))

aku: ((erkk)) Aaa.. tiru..!
       (giler haper nak excited cemtu skali)

dia: Mana ko tau aku korek hidung?
       Aku korek sebab aku sinus, ok..

aku: Aaa samalah. aku pun sinus jugak.
       (*Xmau kalah*. Tp, apa makna sinus tu pun
aku tatau..)
 

dia: eh, kalau macam tu tak batal,kan? 

 

aku: Depends la.
       Kalau hang korek,
       lepastu hang makan taik hidung tu,
batallah posa hang..

       ((nyeh nyeh nyeh.. hamekkk ko..))

*dia
tunduk.. diam utk 3 saat..*

dia:  aduhhh.. kalau macam tu, batal la puasa aku..
       (dia ckp slow, tp aku still leh dgr)

aku: haaa..????
      
(pikir utk 5 saat)
       ishh.. AKU TAKMAU KAWAN HANG…!!!

       (menonong je aku balik tinggal dia)

 

Marah
tul aku ngan dia.. hello.. Aku dah percaya utk 5 saat pertama, ok..? Pasnie..
aku taknak lagi tegur dia.. *hati bengang*

3428_1

hmm.. paham paham

Wednesday, September 20th, 2006

Heart_1

Hikmah & Secebis Harapan

Friday, September 15th, 2006

Subhanallah walhamdulillah..
Astaghfirullah wallahu akbar..
Subhanallah walhamdulillah..
Astaghfirullah hasbi Allah..

Di tepi kerinduan
ku memandang hampa pada dunia..
Ku hanya orang biasa
tak lepas dari rasa kecewa..

Dlm kesamaran ku rempuhi ranjau
biarpun payah ku teruskan..
Siapa memandang tidakkan kuhirau   
biarpun pedih ku tahankan..

Hanya pada Mu tempatku mengadu
Pahit yg kini menyiksaku..
Aku percaya tiada yg sia-sia
Semua ‘kan ada hikmahnya..

 

Doa_2

-Bukan kerana cinta-

Cinta itu…

Friday, September 15th, 2006

Kata dia..

‘Kamu gak akan pernah tahu kapan dan
dengan siapa kamu jatuh cinta
. Biasanya dia hadir
dengan tiba-tiba. Lalu semua berubah. Hati ini menjadi resah…"

Kata kawan..

Sekiranya kamu
jatuh cinta dan berkomitmen, tetapi kemudiannya berpisah.
Dari sudut positif,
secara tidak lansung dia sebenarnya telah membantu mempersiapkan kamu.
Supaya nanti bila kamu ketemu pasangan sejatimu, kamu sudah siap..!

Kata kawan
kepada kawan..

Ketika kamu
memutuskan untuk
BERANI MENCINTAI SESEORANG, maka belajarlah menerima
seadanya.
Manusia biasa, tiada yang sempurna.
Galilah keindahan dirinya, dan
temukan kejutan-kejutan yang akan membuatmu jatuh hati lebih dalam lagi
padanya.

Kata kakak..

Ketika kamu
memutuskan untuk
BERANI MENCINTAI SESEORANG, maka larilah sejauh dan
secepat kakimu sanggup membawamu pergi. Pergi dari ketakutan dan kerumitan yang
sebenarnya kamu ciptakan sendiri. Kerna kamu bukan lagi seorang. Kamu
sebenarnya sentiasa ditemani ’sang pelengkap’. Kamu sudah punya hero..!

Kata mak..

Ketika kamu
memutuskan untuk
BERANI MENCINTAI SESEORANG, maka bersandarlah
sepenuhnya pada hatimu. Kerana cinta itu adalah sebuah perasaan, dan hanyalah
hatimu yang dapat merasakan.
Tak perlu dipaksa, tak perlu diminta, dan tak
perlu terlalu mengharap. Kerana ada ketikanya, bahasa hati lebih kuat mainkan
peranan. Dia akan datang sendiri..!

Kata ayah..

Ketika kamu
memutuskan untuk
BERANI MENCINTAI SESEORANG, maka janganlah lagi ada
keraguan yang membayangi setiap tekadmu itu. Yakinlah. Tunjukkan bahwa dirimu
bukan hanya pandai berucap manis, tapi kamulah sebenar-benarnya yg layak
dicintainya.


Kerana, ketika rasa suka itu
berkembang menjadi
rasa sayang yang lebih mendalam, maka saat itulah sebenarnya kita
mula
merasakan apa yg dinamakan cinta. Sedikit demi sedikit, kedalaman rasa
sayang itu mampu menghadirkan pengorbanan
. Pengorbanan & penerimaan yg kita ambil itulah yg
menentukan di mana berakhirnya
perjuangan kita dalam mempertahankan keputusan, SAAT BERANI
MENCINTAI SESEORANG
.

~+~ Cinta itu tidak rumit,
tetapi mencintai itu yg rumit. Kerana mencintai perlukan keberanian, sementara
tidak semua orang  memilikinya. Saat kita mencintai, kita selalu berusaha
menjadi lebih baik lagi.
Bukankah berani itu
lebih baik..?
~+~.

 

Hasil edit & Inspirasi dari seberang: Azalea & Alia