Petua laa plak..

Petua Mencuci/tenangkan Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.
Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah
oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a - Ini
adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan
"Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling
minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.
Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita
dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain
daripada memohon keampunan, dapat

mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain
dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.
Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Bermaaf-maafan sesama kawan
setiap hari
- Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang
positif
- Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,
merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku
sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda -
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di
dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik,
berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi,
apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga
keesokan harinya - CUBALAH!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam
berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Selalu  ingat tentang mati
(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang
akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,
mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Comments are closed.