Hurmm.. pk.. pk..
Ketika satu pintu kebahagian
tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu
lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan
bagi kita…
Dalam hidup, terkadang kita lebih
banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan
apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang
tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia…
Bermimpilah tentang apa yang
ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti
yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu
kesempatan untuk melakukan hal-hal yang kamu lakukan…
Masa depan yang cerah berdasarkan
pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik
dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati…
Janganlah berputus asa. Tetapi
kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun
dalam keadaan putus asa…
Sahabat sejati adalah mereka yang
sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun sesaat itu
mereka sepatutnya berada ditempat lain yang lebih menyeronokkan…