Bila Pemandu Teksi Berbicara
Pengalaman menaiki teksi seorang pakcik ini benar-benar memberi kesan dalam hati. Wajahnya putih bercahaya.. bersih.. tenang dan mendamaikan hati sesiapa sahaja yang melihatnya.. Murah senyuman.. ikhlas..
Seronok.. Selesa dapat berbual-bual dengannya.. Jarang dapat berbual2 mcm ni..
"Masalah ni.. semua orang ada masalah. Tak ada yang sempurna. Cuma bezanya bagaimana kita menanganinya. Jangan biarkan masalah menganggu hidup dan tumpuan kita"
"Dulu, pakcik pun pernah muda. Pernah buat silap. Jiwa pakcik pernah kosong. Tapi alhamdulillah, Allah bukakan jalan buat pakcik"
"Hidup ini, kita kena ada pegangan. Sebesar mana pun silap kita, kita kembali kepada Tuhan. Minta keampunan. Jangan minta dengan orang. Minta dengan Allah. Kalau kita ada sahabat paling rapat sekalipun, ada perkara yg mereka tak boleh tolong. Hanya kepada Allah sahaja kita pohon segala-galanya. Jangan jauhkan diri dengan Allah"
"Masalah sebenarnya yang membuatkan kita tua dan berpenyakit. Jangan layan masalah. Paling penting hati perlu senantiasa tenang dan bersih"
Kata-katanya jauh menusuk ke hati. Perjalanan yang jauh terasa singkat. Lembut tapi jelas tutur katanya. Nasihat itu cukup bermakna buatku. Tapi aku silap. Silap kerana tak bertanyakan lebih lanjut tentang dirinya. Memang tak ingat lansung nak tny.. Akibatnya, pertemuan itu hanya setakat di situ. Tapi setidak-tidaknya, ia cukup mengesankan.