Archive for May, 2006

luka, airmata, pedih, berbekas, tak sama lagi..

Wednesday, May 24th, 2006

Pernahkah kamu memancing ikan? kalau tak pernah
memancing, pernahkah kamu melihat orang memancing?
Kalau tak pernah lihat pun, bolehkah kamu
bayangkan seseorang sedang memancing?

Baiklah, katakan kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing.
Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar pemutar
tali pancing. Sekali-sekala dia menghenjut-henjutkan jorannya supaya mata kail
semakin menyangkut mulut ikan. Akhirnya,ikan itu dapat dinaikkan ke atas. Tergedik-gedik ia dihujung tali
kail.Kamu lihat pemancing itu tersennyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga
turut tersenyum kerana itu bermakna itu satu kemenangan.

Kamu turut ghairah melihat pemancing itucuba membebaskan
ikan daripada mata kailnya. Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail
daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air.

“Eh, apa hal?” Kamu memandang pemancing itu
dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak
menimbulkan persoalan.

Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh ikan itu? Bolehkah ia menyambung hidup
dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang sudah robek?

Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan
sebelum akhirnya mati. Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tidak
dapat mencari makanan, untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin
disisihkan oleh kawan-kawan kerana tidak boleh aktif lagi.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah
dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya
begitu sahaja sebab dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin
tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu.

Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bersahabat, seriuslah dalam
tindakan dan keputusan kamu itu. Sebab jika kamu hanya main-main, tentu ada
pihak yang menangis. Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan
menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah, alangkah
sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.

Kamu kena faham, persahabatan pertama kamu akan kekal bersama kamu sehingga
akhir hayat kamu. Ia ibarat gambar foto yang kamu ambil dan kamu simpan dalam
album. Ia kekal disitu meski pun ada banyak lagi gambar yang kamu ambil dan
letakkan diatasnya. Persahabatan adalah salah satu fitrah manusia. Allah
menjadikan persahabatan untuk memberikan keseronokkan kepada hamba-hambaNya
menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang menderita
kerana persahabatan daripada yang berbahagia kerana cinta.

Kenapa jadi begitu? 

Jika kamu sedang bersahabat, sekarang ini peliharalah
hatinya dan rencahilah persahabatan kamu dengan kejujuran, kesucian, dan
keikhlasan serta dasarkan persahabatan kamu itu kerana Allah.Hanya persahabatan
begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan
air mata kesedihan.

Maka itu, saya juga hendak menasihatkan kamu jika kamu belum bersedia untuk berlaku
jujur janganlah mencari persahabatan. Jika kamu belum bersedia untuk setia
janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain. Sebab perbuatan yang
begini akan hanya menghabis masa dan membazirkan air mata.

Saya juga ingin mengatakan, jika kamu memancing, teruslah ambil ikan itu dan
bawa pulang. Kerana itu lebih baik daripada kamu memasukkannya kembali ke dalam
air kerana perbuatan kamu itu memulakan satu derita.


-Meer, thanks utk crita ni.. aku suka..-

Berhati-hati memilih kawan - Ruzana

Saturday, May 13th, 2006

 SEPANG 13 Mei - Setelah 13 bulan ditahan
di Pusat Tahanan Windsor di Australia, Ruzana Zubir, 37, akhirnya menjejakkan
kaki ke tanah air dengan membawa pengajaran yang paling berguna iaitu
berhati-hati memilih kawan. Kejadian itu juga, kata Ruzana banyak mengajarnya
supaya pada masa depan tidak mengulangi perkara bodoh dengan membawa barang
yang dikirim oleh orang yang baru dikenali walaupun kelihatan alim dan baik
.

Untitled "Selama 37 tahun saya hidup, inilah
pertama kali saya mengalami perkara seumpama ini, jadi pada masa depan saya
tidak akan buat benda bodoh ini lagi.

"Saya tidak menyangka perkara ini akan
berlaku. Memang saya marah tetapi benda telah berlaku dan orang yang
bertanggungjawab itu telah dimasukkan ke penjara.
Bagaimanapun saya akan
memberikan kerjasama kepada pihak polis,” katanya.
 

  Ruzana ditemui sebaik sahaja menjejakkan
kaki di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini malam
ini. Ketibaannya disambut oleh kakak sulungnya, Ruzni, 40, dan adiknya,
Ruzaiya, 32, dari Bentong, Pahang serta abangnya Mohd. Zulkifli, 38, dari
Rawang, Selangor. Ruzana ditemani oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah
dan peguam cara, Raj Palany.
 

 Semalam, mahkamah daerah Sydney
membebaskan Ruzana daripada tuduhan menyeludup lebih lima kilogram candu ke
Australia, April tahun lalu. Ruzana, seorang jurujual kereta sambilan, dituduh
mengikut Seksyen 233B Akta Kastam 1901 (Undang-Undang Australia) yang boleh
dihukum penjara seumur hidup atau denda sehingga RM2.08 juta (AUS$750,000). Pegawai
kastam menemui satu paket yg dibalut dgn pita dalam beg Ruzana apabila dia tiba diSydney pd 27Mac tahun lalu.

Pihak pembelaan mengemukakan seorang
saksi dari Malaysia, Mohd. Noor Ikhwan Jaimi selain beberapa dokumen berkaitan
penahanan dan pendakwaan seorang warga Iran, Bahman Jalilipanah Gholamali (Haj)
atas tuduhan mengedar dadah. Menurut kes pembelaannya, Ruzana menyatakan Haj
telah memintanya membawa paket mengandungi ubat ‘herba-Iran’ untuk
diberikan kepada rakan Haj yang sakit di Sydney.

 Ditanya mengenai perasaannya setelah
dibebaskan, Ruzana berkata ia umpama mati hidup semula kerana sebelum ini dia
berasa seperti tidak ada harapan untuk dibebaskan tetapi setelah Muhammad
Shafee memberi bantuan, harapannya kembali berbunga.

Bagaimanapun, jelasnya nasihat ibunya
melalui panggilan telefon yang dibuatnya setiap bulan supaya tidak meninggalkan
sembahyang dan sentiasa kuat semangat memberikannya semangat untuk bertahan.

Mencari Kawan

Friday, May 12th, 2006

Rasulullah
s.a.w. pernah membuat perumpamaan tentang bersahabat dengan yg baik & yg jahat.

"Sahabat yg baik sama seperti penjual kasturi.
Siapa yg datang kpdnya akan beroleh bauan
harum dari bunga kasturi.

Sama ada
dijualnya atau diberinya percuma.

Jika kamu selalu bersama2 dgnnya, diri kamu juga akan
seharum bunga kasturi.

Siapapun akan suka utk mendekati kamu.."


"Sedangkan sahabat yg jahat sama seperti
tukang hembus api.

Siapa sahaja yg dekat padanya akan terancam
dengan bahaya api atau busuk dari asap.
Sama ada ketika dia bekerja atau selesai
kerja.
Jika kamu selalu bersama2nya, kamu juga akan mendapat bau busuk & kotor dari asap itu.
Siapapun pasti kurang senang utk datang dekat
denganmu.
Sekalipun kamu tidak terlibat sama dalam
kejahatan, tetapi kamu tidak akan terlepas dari tuduhan org lain terhadap kamu."

Berhati-hati
dalam memilih sahabat. Rasulullah awal2 lagi dah pesan.


-Pengalaman itu amat menyakitkan.
Tapi, pengalaman itu juga laa yg dah buat ida jadi kuat-

bila baca surat dari hubby..

Friday, May 5th, 2006

dear abang,

ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak
balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak
ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan
kereta abang baik-baik… cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini…

kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k
barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan
abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah
masuk 3 malam… abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang
ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. kalaulah hantaran ayang lebih mahal
dari harga kereta abang?

tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak
berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah..

sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori
abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance..ayang
nak dapat pi salon setahun sekali pun susah.. kereta abang make up lawa-lawa..
tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri..

kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100
setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita
abang kata ayang mengada-ngada

kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang
marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak .. paling
menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang
curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk
dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..
jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama.. sekolah
bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN
ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

love,

ayang

 

Dear Ayang,

bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang
kene faham keta tu keta bos abang nnti kalau ilang sapa nak ganti..

ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok
umah jaga anak,nak siapkan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn
tido kul 12
.. macam mana nak wat keja umah..

ayang pklah mcm mana abang Xtido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan
nye abang gi foya2.. abang gi keja…

lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak
piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam
balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr
jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..
ish xnak laa abang.

pasal hadiah.. abang dah belikan tapi abang sembunyikan
kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh
kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah
jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun
hantaran masa kita kawin cuma rm80k.. ayang x tau bpe kali abang turun naik
bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak.. sbb masa tu ayang
kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun
lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka antu dlm citer phsm.. bukan
ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlaupun abang selalu cukur
janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu…

pasal morning kissh tu, ayang bgn pun dah tghri nak
morning kissh cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..
 

tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm
hati abang..
nanti kalau
naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kg abang izinkan cuma
jgn
lupa kim salam kat mak ayah kat kg.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa
bwk balik skit..

Oh ye, ayang..

kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi
kejar lembu tu
… biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejarkan.. bukan apa takut
lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk spital..
abang kene tanduk xpe.. 

jaga anak2 baik2.. jgn bagi diorang main kat sungai musim2
banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun
lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..

ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa
masa tu tapi nak wat cemana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang.. dah
laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding
.. mmg abang kesian tapi muka
ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayangkan cam mana…. tgk laa
sendiri gambar tu…

ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi
eah.. bye ayang

love,

abang

 

-heh.. geram pun ye jugak.. tapi comell.. sabar je laaa.. eheheh.. asal tingat balik je, aku sure senyum sorang2..
[credit to aisyah]-

Rasa Mcm Nak..

Tuesday, May 2nd, 2006

hempuk dgn bantal kuat2…
jirus dgn air sejuk satu baldi..
strike bell besar sekuat hati..
tiup trompet besar kuat2 tepi
telinga..
dan jerit sekuat mungkin..

"STOP
DREAMING… WAKE UP..!!!!!!!"