Kadang2 kita Tak Sedar…

Putri,

SUAMI
saya merupakan seorang jurutera komputer. Saya mencintai sifatnya yang
semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya tika
bersandar di bahunya. Tiga tahun dalam masa perkenalan dan dua tahun dalam masa
pernikahan, harus saya akui bahawa saya mulai berasa letih dan lelah.

Alasan-alasan saya mencintainya
dahulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang
sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui
saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan
belaian ayah dan ibunya.

 Tetapi, semua itu tidak pernah saya
peroleh. Suami saya jauh berbeza daripada apa yang diharapkan. Rasa sensitifiiya
kurang dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam
perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu
hari, saya beranikan din untuk mengatakan keputusan saya kepadanya bahawa, saya
inginkan perceraian.

“Mengapa?”
Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih. Abang tidak pernah
cuba memberikan cinta yang Siti inginkan.” Dia diam dan
termenung sepanjang malam di hadapan komputernya. Nampak seolah-olah sedang
mengerjakan sesuatu. Padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah. Seorang
lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apa lagi yang boleh saya
harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang abang boleh lakukan
untuk mengubah fikiran Siti?”

Saya merenung matanya
dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Baiklah. Kalau macam itu, Siti
ada satu soalan.
Kalau abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran
Siti. Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing
gunung dan kita berdua tahu, jika abang memanjat gunung-gunung itu, abang akan
mati.
Apakah yang abang akan lakukan
untuk Siti?

Dia termenung dan akhirnya
berkata,

“Abang akan memberikan
jawapannya esok”

Hati saya terus gundah
mendengar responsnya itu. Keesokannya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui
selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu
hangat. Di kertas itu dia mencatatkan,

“Sayangku, abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan
abang untuk menjelaskan alasannya.”
 

Kalimah
pertama itu menghancurkan hati saya.
Namun,
saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya
dan akhirnya menangis di depan monitor.
Abang
harus memberikan jari-jemari abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki
program tersebut.

”Siti selalu lupa membawa kunci
rumah ketika Siti keluar, dan abang harus memberikan kaki abang supaya boleh
menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika kita sama-sama
pulang dari kerja”

“Siti suka jalan-jalan di pasar raya tetapi selalu tersasar dan ada
ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi. Abang harus mencari
Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain dan membawa Siti pulang ke
rumah.”

”Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang
setiap bulan, dan abang harus memberikan tangan abang untuk memicit dan
mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan abang selalu nisau Siti akan
menjadi ‘pelik’(bosan). Dan abang harus membelikan sesuatu yang dapat
menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah abang untuk mencenitakan
hal-hal kelakar yang abang alami.”

”Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk
kesihatan mata Siti, abang harus menjaga mata abang agar ketika kita tua nanti,
abang dapat menolong memotong kukumu dan memandikanmu”.

“Tangan abang akan memegang tangan Siti, membimbing rnenyelusur pantai,
menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga
yang bersinar dan menarik seperti cantiknya wajahmu, Siti.”

”Tetapi sayangku, abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati
kerana, abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian
abang.”

“Sayangku, abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintai Siti lebih
daripada abang mencintaimu. Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan
oleh tangan, kaki dan mata abang tidak mencukupi bagi Siti, abang tidak akan
menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan
Siti.”

 Air mata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi
kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk tems membaca nya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan abang. Jika Siti puas
hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan abang tinggal di rumah inii,
tolong bukakan pintu rumah kita, abang sekarang sedang berdiri di luar sana
menunggu jawapan Siti.

”Tetapi, jika Siti tidak
puas hati, sayangku, biarkan abang masuk untuk mengemaskan barang-barang abang,
dan abang tidak akan menyulitkan hidupmu.
Percayalah, bahagia abang bila Siti
bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu
saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu
dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Kini
barulah saya tahu, tidak ada orang yang pemah mencintai saya lebih daripada dia
mencintai
saya.

Itulah
namanya cinta.
Di saat kita berasa cinta itu telah beransur-ansur hilang
daripada hati kita kerana kita berasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam
‘kewujudan’ yang kita inginkan, SEBENARNYA.. cinta itu telah hadir dalam
‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Comments are closed.