Jawapan sebegini yg aku mau.

aku lebih berminat pada jawapan
dari Kak  Puteri..
Jawapan yang pada aku amat cantik, positif, boleh diterima pakai, dan berkesan
di hati…
Yg bawa untung pada kedua2 pihak..
Matang & menguntungkan…
itu apa yg aku mau..

CORRECTION, people…

aku bukan si ‘intan kesepian’..

aku cuma
sukakan jawapan kak ‘puteri’ pada tanya2 si ‘intan kesepian’..

mungkin juga boleh membantu sahabat2 aku diluar sana, yg sudi singgah blog aku
yg tak seberapa ini..   


Putri,

    KIRA-KIRA dua tahun lalu, saya memulakan persahabatan dengan seorang
lelaki. Dan insiden tertukar barang di kedai, kami menjadi akrab. Apa yang kami
lakukan pastinya bersama, belajar, menonton dan bercakap di telefon berjam-jam
sehari.

    Sehinggakan, kawan-kawan selalu mengejek kami menjalinkan hubungan sebagai
teman istimewa. Bagaimanapun, dakwaan itu cepat-cepat kami sangkal. Kami
jelaskan kepada mereka bahawa persahabatan kami tidak lebih daripada itu.

    Bagaimanapun, dia mula berubah sejak penghujung tahun lalu. Dia tidak lagi
menghubungi saya setiap han seperti sebelum ini.
Begitu juga dengan sikap ambil beratnya terhadap saya yang semakin
berkurangan.

    Kemusykilan saya terjawab
beberapa hari kemudian apabila dia mengakui telah benjumpa dengan gadis lain
dan mereka menjalinkan hubungan serius.

    Sejak itu, saya mula
menyedari betapa tidak sensitifhya saya kerana tidak pandai menghargai kebaikan
serta layanan istimewanya selama ini. Kawan karib saya itu kini banyak
menghabiskan masanya bersama teman wanitanya. Saya turut diperkenalkan kepada
gadis itu sebagai kawan baik yang dianggap seperti adik kandung.

    Mereka seperti belangkas.
Entah kenapa, hati saya tidak tahan melihat kemesraan mereka. Terasakañ
seolah-olah tempat saya di sisinya kini telah dirampas oleh gadis lain.

    Saya sedar, saya tidak dapat
melakukan apa-apa kerana teman wanitanya lebih berhak ke atas dirinya kini.
Saya telah cuba untuk menerima baik kenyataan, banyak lagi yang akan berubah
selepas ini. Saya dan dia tidak mungkin menjadi sahabat baik seperti dahulu
lagi.

    Saya sepatutnya sudah boleh
menguruskan perasaan ini dengan lebih balk sekarang tetapi apabila memikirkan
tentang mereka berdua, membuatkan saya menjadi tidak keruan.

    Tidak lama lagi, kami bertiga akan grad bersama. Saya tidak dapat mem
bayangkan bagaimana jika terserempak dengan mereka bersama keluarga. Kalau
boleh, saya tidak mahu bersua dengan mereka. Tak jumpa pun tak apalah. Saya
tidak dapat menipu din sendiri. Saya tidak boleh berpura-pura senyum, jauh
sekali menegur.

    Putri, kenapakah saya perlu
berkelakuan begini.
Bukan saya pinta berperasaan ini tetapi Ia hadir sendiri.
Bagaimanakah caranva saya boleh menyahkan
mereka terus dan kepala saya. Saya sudah cuba menyibukkan diri tetapi semakin saya cuba, semakin kuat ia datang bertandang.
 
    Ada ketikanya, hati saya
berdetik, saya mahu berkawan baik dengan teman wanitanya juga dan kami bertiga
dalam satu kumpulan tetapi, mungkin tidak.

-Intan Kesepian-


Intan,

    Memanglah menyedihkan apabila kawan karib yang banyak
bersusah senang bersama, seperti meninggalkan kita.
Fikiran Intan sentiasa mengundur ke belakang mengingati
masa-masa di mana kalian masih rapat, berkongsi penga laman, saling memahami
dan selesa di antara satu sama lain.
    Intan tidak bersedia untuk
kehilangannya sebegitu drastik. Bukanlah sesuatu yang pelik apa yang Intan
alami ini. Kebanyakan orang akan merasai apa yang Intan alami apabila orang
yang paling rapat dengan mereka pergi dari sisi mereka.
    Putri faham perasaan Intan. Apa yang
mungkin tidak patut Intan lakukan adalah satu pemikiran kedua di mana Intan
cuba berteka-teki: “Kalau aku pandai menghargainya, kalau aku buat macam ini
dan bukan macam itu, dia sudah tentu masih bersama-samaku.” Itu tidak adil.

    Putri rasa, hubungan yang terjalin selama ini sememangnya
satu persahabatan yang sungguh istimewa. Apa yang kurang adalah chemistry untuk
menjalinkan hubungan istimewa yang lebih dari itu. Dan dia kini menemui
chemistry itu pada orang lain. Normallah kalau Intan merasa cemburu. Mesti
Intan tak mengaku yang Intan sebenarnya cemburu, bukan?
    Intan percayalah, dia akan
senantiasa berada di tempat yang istimewa di hati Intan. Tiada siapa yang boleh
mencuri kenangan manis di antara kalian berdua. Pada masa hadapan,
ditakdirkan Intan bertemu dengan pemuda lain dan menjalinkan hubungan emosi,
barulah Intan sedar dan melihat hubungan dengan teman karib Intan dalam tempoh
tertentu di dalam hidup Intan, memang tidak ditakdirkan untnk mekar menjadi
hubungan yang lebih daripada seorang kawan.

    Bensama kematangan Intan, dan
apabila Intan menoleh ke belakang dalam masa beberapa tahnn lagi, Intan akan
nampak bahawa sebenarnya, banyak orang yang datang dan pergi dalam hidup kita.

    Intan, hanya masa yang akan menyembuhkan kelukaan yang
sedang ditanggung. Benarkan diri Intan menangisi kehilangan “ itu dan bersama
masa yang berlalu, ia semakin kurang menyakitkan.

    Semasa hendak menerima skrol nanti,
Intan mungkin tidak dapat mengelak daripada bersua muka dengan mereka. Hati
Intan mungkin berdebar, muka Intan mungkin merah padam tetapi Intan
boleh
dan Putri fikir, Intan patut menegur mereka dan
memberikan senyuman yang paling manis.

    Bertindaklah seolah-olah Intan
sebenarnya sudah berada dalam kapsul masa yang menghantar Intan ke masa depan
iaitu Intan yang bahagia, berdikari, mulia dan tidak berdendam orangnya.

Comments are closed.