sedarXsedar
Sunday, April 30th, 2006-di luar
pengetahuan kita, ada yg perhati & nilai apa yg kita buat-
-di luar
pengetahuan kita, ada yg perhati & nilai apa yg kita buat-
Ya Allah…
kurniakanlah aku, lisan yang lembut basah mengingatiMu
dan menyebut namaMu…
hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu
serta badan yg
ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu…Ya Allah…
kurniakanlah aku, iman yg sempurna, hati yg khusyuk, ilmu
yg berguna, keyakinan yg benar2 mantap…Ya Allah…
kurniakanlah aku, cara hidup yg jitu dan unggul, selamat
dari mara bahaya dan petaka…Ya Allah…
aku mohon kecukupan yg tidak sampai…
hingga aku terpaksa meminta jasa
lain…Ya Allah…
berikanlah aku iman yg sebenar
sehingga aku tidak gentar atau mengharap org lain selain dari Engkau sendiri…Ya Allah…
kembangkan lembayung rahmatMu kepadaku…Amin…
- thanks abg vie utk doa nie.. ida suka..-
pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempat ku..?
bayangkan sgala pahit manis berlaku
yg tak siapa pun tahu..mungkin nanti kau jua kan merasa
berdepan dgn kata yg menyesatkan..
tak kan pernah kulupa..
tiada pertimbangan..keheningan malam yg membalut..
kepayahan jiwa nak diluah..
andai kau jujur tuk fahami..
takkan pernah ku jauhi..dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang..
lantasku pendam, ku putuskan
biarlah rahsia…semakin aku hitung dalam cinta
tiada kuasa mampu tuk ku halang..
tuk hentikan kata-kata bertulangkan dustapernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku…??
Tajuk lagu : Biarlah Rahsia
Lirik sebenar : Siti Nurhaliza
Lirik (edited) : AnakHajiCS
Lagu : Melly Goeslow
-edit lirik ikot kesesuaian-
Putri,
SUAMI
saya merupakan seorang jurutera komputer. Saya mencintai sifatnya yang
semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya tika
bersandar di bahunya. Tiga tahun dalam masa perkenalan dan dua tahun dalam masa
pernikahan, harus saya akui bahawa saya mulai berasa letih dan lelah.
Alasan-alasan saya mencintainya
dahulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang
sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui
saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan
belaian ayah dan ibunya.
Tetapi, semua itu tidak pernah saya
peroleh. Suami saya jauh berbeza daripada apa yang diharapkan. Rasa sensitifiiya
kurang dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam
perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu
hari, saya beranikan din untuk mengatakan keputusan saya kepadanya bahawa, saya
inginkan perceraian.
“Mengapa?”
Dia bertanya dengan nada terkejut.
“Siti letih. Abang tidak pernah
cuba memberikan cinta yang Siti inginkan.” Dia diam dan
termenung sepanjang malam di hadapan komputernya. Nampak seolah-olah sedang
mengerjakan sesuatu. Padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah. Seorang
lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apa lagi yang boleh saya
harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
“Apa yang abang boleh lakukan
untuk mengubah fikiran Siti?”
Saya merenung matanya
dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Baiklah. Kalau macam itu, Siti
ada satu soalan. Kalau abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran
Siti. Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing
gunung dan kita berdua tahu, jika abang memanjat gunung-gunung itu, abang akan
mati. Apakah yang abang akan lakukan
untuk Siti?”
Dia termenung dan akhirnya
berkata,
“Abang akan memberikan
jawapannya esok”
Hati saya terus gundah
mendengar responsnya itu. Keesokannya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui
selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu
hangat. Di kertas itu dia mencatatkan,
“Sayangku, abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan
abang untuk menjelaskan alasannya.”
Kalimah
pertama itu menghancurkan hati saya. Namun,
saya masih terus ingin membacanya.
“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya
dan akhirnya menangis di depan monitor. Abang
harus memberikan jari-jemari abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki
program tersebut.”Siti selalu lupa membawa kunci
rumah ketika Siti keluar, dan abang harus memberikan kaki abang supaya boleh
menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika kita sama-sama
pulang dari kerja”“Siti suka jalan-jalan di pasar raya tetapi selalu tersasar dan ada
ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi. Abang harus mencari
Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain dan membawa Siti pulang ke
rumah.””Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang
setiap bulan, dan abang harus memberikan tangan abang untuk memicit dan
mengurut kaki Siti yang sengal itu.”“Siti lebih suka duduk di rumah, dan abang selalu nisau Siti akan
menjadi ‘pelik’(bosan). Dan abang harus membelikan sesuatu yang dapat
menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah abang untuk mencenitakan
hal-hal kelakar yang abang alami.””Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk
kesihatan mata Siti, abang harus menjaga mata abang agar ketika kita tua nanti,
abang dapat menolong memotong kukumu dan memandikanmu”.“Tangan abang akan memegang tangan Siti, membimbing rnenyelusur pantai,
menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga
yang bersinar dan menarik seperti cantiknya wajahmu, Siti.””Tetapi sayangku, abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati
kerana, abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian
abang.”“Sayangku, abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintai Siti lebih
daripada abang mencintaimu. Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan
oleh tangan, kaki dan mata abang tidak mencukupi bagi Siti, abang tidak akan
menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan
Siti.”
Air mata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi
kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk tems membaca nya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan abang. Jika Siti puas
hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan abang tinggal di rumah inii,
tolong bukakan pintu rumah kita, abang sekarang sedang berdiri di luar sana
menunggu jawapan Siti.”Tetapi, jika Siti tidak
puas hati, sayangku, biarkan abang masuk untuk mengemaskan barang-barang abang,
dan abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia abang bila Siti
bahagia.”
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu
saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu
dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Kini
barulah saya tahu, tidak ada orang yang pemah mencintai saya lebih daripada dia
mencintai saya.
Itulah
namanya cinta.
Di saat kita berasa cinta itu telah beransur-ansur hilang
daripada hati kita kerana kita berasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam
‘kewujudan’ yang kita inginkan, SEBENARNYA.. cinta itu telah hadir dalam
‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.
Walaupun aku sebenar2nya tak menyokong TEMAN TAPI MESRA, tapi bila member aku (bLuR & pokya) bagi aku lirik
lagu nie, yg dah ditranslatekan
ke ckp Ganu, aku rasa cam
best plak bila nyanyi..
aku jugak jumpa jawapan version indon…!!
Ahahha..
Jom nyanyi sama2..
Versi indon : Teman Tapi Mesra
Aku punya teman
Teman sepermainan
Kemana ada dia selalu ada akuDia amat manis
Juga baik hati
Dia selalu ada waktu
Untuk membantuku
(2)
Namun aku bingung
Ketika dia bilang cinta
Dan dia katakan
Tuk ingin jadi kekasihku
Reff :
Cukuplaha saja berteman denganku
Janganlah kau meminta lebih
Ku tak mungkin mencintaimu
Kita berteman sajaAku memang suka dirimu
Namun aku ada yang punya
Lebih baik kita berteman
Kita berteman saja
Versi Ganu : Kawang Tapi Kacip & jawapan dr indon
Aku ade kawang…
Kawang sepemainang..
Kat ane ade die sokmo ade aku (Wah, lucu )
Die manih letieng..
Hati die pong baik..
Die sokmo ade mase
Nok tulong akuu.. (Wah, lirik
lagu ank ini keren juga, pikir sy)
(2)
Tapi aku bengong…
(Hah bingung kenapa? )
Mase die kabo nok kaseh.. (Lah kok?)
Pahtu die kate
pulok
Nok jadi kaseh betol..
(Haaahhhh???)
Reff :
Aku kabo
padang
la kite kawang saje..
Mung jangan mitok lebih2.. (Hmm..bagus..bagus..itu
prinsip yg bagus)
Aku dok akang suke ke mungnye
Kite jadi kawang cukup ar (aaa.. bagus..
bagusss.. Itu betul… !)
Kawang tapi kacip…
(*pingsan…*)
Benonye aku suke gok ke mung.. (*pingsan
lagi…*)
Tapi ade doh org chop..
(*dan lagi…*)
Baik kite kawang je
Kite kawang doh la
Kawang tapi kacip..
(hampehhh <<– ini aku yg ckp)
-kpd tuan punya lagu ini, sila JANGAN SAMAN saya-
bawah ni ada dialog ‘org
gila’ dlm movie PATCH ADAM.. kalau masih igt lagi, org gila ni sama2 dgn Patch
Adam dlm wad gila. Org gila ni asyik dok tny2 org, brapa jari yg dia sdg tunjuk
skrg (sambil tunjuk 4 jari). Semua ckp 4..! Marah betul org gila tu, pasal
kecewa takde sorg pun yg jawab betul.
Last2, Patch Adam tny
sendiri org gila tu, apa sbnrnya jawapan 4 jari tu? Skali lagi org gila tu tny
Patch Adam. Mmg mula2 Patch Adam jawab sama mcm org2 lain.. Tapi, bila org gila
tu ’sedarkan’ Patch Adam, akhirnya.. Patch Adam dapat jawab dgn betul..!!
Ini kata2 org gila tu
sebelum Patch Adam terpikir utk beri jawapan tepat pada tny2 org gila itu.
"You are
focusing on the problem.. don’t look at the problem..!!
Never focus on the problem..!!
If you are focusing on the
problems, u wont get the solutions..
Look beyond the problems..
lets see what no one else see..
See what everyone else chooses
not to see..
See the whole world.. the
new.. each day.."
Kata2 org gila inilah yg dah sedarkan Patch Adam.. sampaikan dpt bangun
semula dr ‘dunia loser’ dia..!!! dari seorang yg pernah masuk wad gila,
sampaikan Patch Adam dapat jadi sorang doktor..!!!
Jawapan utk 4 jari yg org gila itu tunjuk=8
-kisah benar Patch Adam-
aku lebih berminat pada jawapan
dari Kak Puteri..
Jawapan yang pada aku amat cantik, positif, boleh diterima pakai, dan berkesan
di hati…
Yg bawa untung pada kedua2 pihak..
Matang & menguntungkan…
itu apa yg aku mau..
CORRECTION, people…
aku bukan si ‘intan kesepian’..
aku cuma
sukakan jawapan kak ‘puteri’ pada tanya2 si ‘intan kesepian’..
mungkin juga boleh membantu sahabat2 aku diluar sana, yg sudi singgah blog aku
yg tak seberapa ini..
Putri,
KIRA-KIRA dua tahun lalu, saya memulakan persahabatan dengan seorang
lelaki. Dan insiden tertukar barang di kedai, kami menjadi akrab. Apa yang kami
lakukan pastinya bersama, belajar, menonton dan bercakap di telefon berjam-jam
sehari.
Sehinggakan, kawan-kawan selalu mengejek kami menjalinkan hubungan sebagai
teman istimewa. Bagaimanapun, dakwaan itu cepat-cepat kami sangkal. Kami
jelaskan kepada mereka bahawa persahabatan kami tidak lebih daripada itu.
Bagaimanapun, dia mula berubah sejak penghujung tahun lalu. Dia tidak lagi
menghubungi saya setiap han seperti sebelum ini. Begitu juga dengan sikap ambil beratnya terhadap saya yang semakin
berkurangan.
Kemusykilan saya terjawab
beberapa hari kemudian apabila dia mengakui telah benjumpa dengan gadis lain
dan mereka menjalinkan hubungan serius.
Sejak itu, saya mula
menyedari betapa tidak sensitifhya saya kerana tidak pandai menghargai kebaikan
serta layanan istimewanya selama ini. Kawan karib saya itu kini banyak
menghabiskan masanya bersama teman wanitanya. Saya turut diperkenalkan kepada
gadis itu sebagai kawan baik yang dianggap seperti adik kandung.
Mereka seperti belangkas.
Entah kenapa, hati saya tidak tahan melihat kemesraan mereka. Terasakañ
seolah-olah tempat saya di sisinya kini telah dirampas oleh gadis lain.
Saya sedar, saya tidak dapat
melakukan apa-apa kerana teman wanitanya lebih berhak ke atas dirinya kini.
Saya telah cuba untuk menerima baik kenyataan, banyak lagi yang akan berubah
selepas ini. Saya dan dia tidak mungkin menjadi sahabat baik seperti dahulu
lagi.
Saya sepatutnya sudah boleh
menguruskan perasaan ini dengan lebih balk sekarang tetapi apabila memikirkan
tentang mereka berdua, membuatkan saya menjadi tidak keruan.
Tidak lama lagi, kami bertiga akan grad bersama. Saya tidak dapat mem
bayangkan bagaimana jika terserempak dengan mereka bersama keluarga. Kalau
boleh, saya tidak mahu bersua dengan mereka. Tak jumpa pun tak apalah. Saya
tidak dapat menipu din sendiri. Saya tidak boleh berpura-pura senyum, jauh
sekali menegur.
Putri, kenapakah saya perlu
berkelakuan begini. Bukan saya pinta berperasaan ini tetapi Ia hadir sendiri.
Bagaimanakah caranva saya boleh menyahkan
mereka terus dan kepala saya. Saya sudah cuba menyibukkan diri tetapi semakin saya cuba, semakin kuat ia datang bertandang.
Ada ketikanya, hati saya
berdetik, saya mahu berkawan baik dengan teman wanitanya juga dan kami bertiga
dalam satu kumpulan tetapi, mungkin tidak.-Intan Kesepian-
Intan,
Memanglah menyedihkan apabila kawan karib yang banyak
bersusah senang bersama, seperti meninggalkan kita. Fikiran Intan sentiasa mengundur ke belakang mengingati
masa-masa di mana kalian masih rapat, berkongsi penga laman, saling memahami
dan selesa di antara satu sama lain.
Intan tidak bersedia untuk
kehilangannya sebegitu drastik. Bukanlah sesuatu yang pelik apa yang Intan
alami ini. Kebanyakan orang akan merasai apa yang Intan alami apabila orang
yang paling rapat dengan mereka pergi dari sisi mereka.
Putri faham perasaan Intan. Apa yang
mungkin tidak patut Intan lakukan adalah satu pemikiran kedua di mana Intan
cuba berteka-teki: “Kalau aku pandai menghargainya, kalau aku buat macam ini
dan bukan macam itu, dia sudah tentu masih bersama-samaku.” Itu tidak adil.
Putri rasa, hubungan yang terjalin selama ini sememangnya
satu persahabatan yang sungguh istimewa. Apa yang kurang adalah chemistry untuk
menjalinkan hubungan istimewa yang lebih dari itu. Dan dia kini menemui
chemistry itu pada orang lain. Normallah kalau Intan merasa cemburu. Mesti
Intan tak mengaku yang Intan sebenarnya cemburu, bukan?
Intan percayalah, dia akan
senantiasa berada di tempat yang istimewa di hati Intan. Tiada siapa yang boleh
mencuri kenangan manis di antara kalian berdua. Pada masa hadapan,
ditakdirkan Intan bertemu dengan pemuda lain dan menjalinkan hubungan emosi,
barulah Intan sedar dan melihat hubungan dengan teman karib Intan dalam tempoh
tertentu di dalam hidup Intan, memang tidak ditakdirkan untnk mekar menjadi
hubungan yang lebih daripada seorang kawan.
Bensama kematangan Intan, dan
apabila Intan menoleh ke belakang dalam masa beberapa tahnn lagi, Intan akan
nampak bahawa sebenarnya, banyak orang yang datang dan pergi dalam hidup kita.
Intan, hanya masa yang akan menyembuhkan kelukaan yang
sedang ditanggung. Benarkan diri Intan menangisi kehilangan “ itu dan bersama
masa yang berlalu, ia semakin kurang menyakitkan.
Semasa hendak menerima skrol nanti,
Intan mungkin tidak dapat mengelak daripada bersua muka dengan mereka. Hati
Intan mungkin berdebar, muka Intan mungkin merah padam tetapi Intan
boleh dan Putri fikir, Intan patut menegur mereka dan
memberikan senyuman yang paling manis.
Bertindaklah seolah-olah Intan
sebenarnya sudah berada dalam kapsul masa yang menghantar Intan ke masa depan
iaitu Intan yang bahagia, berdikari, mulia dan tidak berdendam orangnya.
misunderstood.. <<– i hate when this happened..
tapi aku percaya, blajar dr kesilapan adalah lebih baik
dari hanya tungguu tungguuuu bersama2 angan2 mat jenin.. (dan hanya berkata2 dr
blakang.. mengeluh itu ini..)
sbb bila kita belajar dr kesilapan, kita akan tau di mana
kesilapan kita, dan jadi yg lebih baik dgn berpandukan pengalaman itu..
kita slalu tak tahu apa yg kita tak tahu, sbnrnya..
tapi bila kita tau apa yg kita tak tau, kita dah boleh cuba utk tau balik apa yg kita tak tau itu..
-penting utk tau apa yg kita tak tau-
lagu yg satu nie, selalu
keluar kat tv masa aku kecik2..
ehehhe..
aku layan je…
masa tgh syok pun aku nyanyi.. masa tgh nangis2 pun aku bantai nyanyi gak..
ahhahahaa..
hmm..
lagu yg pada aku amat menarik..
lirik yg simple and very straight forward…
mcm kena je, kan…??
ehehhe..
lagu yg banyak bantu pujuk diri aku, nie..
dan jugak yg banyak mengajar
aku.. tentang bagaimana utk menjadi penyanyi yg hebat
tentang bagaimana utk melalui hari2 aku dgn cara yg paling positif dan menguntungkan..
eheheheheee..
jom layan nyanyi sama2, jom..
Senyum seindah suria..
Yang membawa cahaya..
Senyumlah dari hati…
Duniamu berseri..Senyum umpama titian..
Dalam kehidupan..
Kau tersenyum..
ku tersenyum..
Kemesraan menguntum..Senyum… kepada semua..
Senyumanmu amatlah berharga..
Senyum… membahagiakan..
Dengan senyuman terjalinlah..
Ikatan…
tapi, kalau yg kes dak kecik dlm gambar nie, cemana
pulak, ek??