Mana satu lagi power?

(something to share)

Semalam aku borak2 ngan sorang brader Eqypt nie. Tetiba dia timbulkan satu soklan
    "Money is power, isn’t it?".
Aku pon tanye balik, saje nak mintak kepastian
"Money is power?".
    "Yes, money is power," kata brader tu lagi.
Aku pon jawab "No I don’t think so…".
Pastu brader tu pon dok terkumat kamit sorang diri
    "Money is not power?…Money is not power?… Hmmm…".
Aku pon senyap je pastu. Aku tak boleh berikan reason yg jelas ntuk jawapan yg aku kasi kat dia tu, tp dlm fikiran aku memang aku tak setuju yg money tu power.

    Ada satu kisah di zaman Rasulullah SAW. Rasulullah SAW mengatakan bahawa diri baginda ibarat kota ilmu manakala Saidina Ali bin Abi Thalib ibarat gerbang ilmu. Maka ada la 10 org dr kaum Khawarij nie mcm nak menguji Saidina Ali. Diorg pergi bertanyakan Saidina Ali tentang perbandingan ilmu dan harta, tp one by one la. Setiap kali diorg pergi tanye, Saidina Ali beri jawapan yg berlainan.
1. Ilmu adalah warisan para Nabi dan Rasul, sedangkan harta adalah warisan Qarun, Fir’aun, Namrud dan lain-lainnya.
2. Ilmu akan menjaga dirimu, sementara harta malah sebaliknya, engkau harus menjaganya.
3. Orang yang mempunyai banyak harta akan mempunyai banyak musuh. Sedangkan orang yang kaya ilmu akan banyak orang yang menyayanginya dan hormat kepadanya.
4. Bila engkau pergunakan harta jelasnya harta akan semakin berkurang. Namun bila ilmu yang engkau pergunakan, maka akan semakin bertambah banyak.
5. Jika pemilik harta ada yang menyebutnya pelit (bakhil, kedekut), sedangkan pemilik ilmu akan dihargai dan disegani.
6. Harta akan selalu dijaga dari kejahatan, sedangkan ilmu tidak usah dijaga dari kejahatan, lagi pula ilmu akan menjagamu.
7. Pemilik ilmu akan diberi syafa’at oleh Allah Subhaanahu wa Ta’ala di hari kiamat nanti, sementara pemilik harta akan dihisab oleh Allah kelak.
8. Dalam waktu yang lama harta akan habis, sedangkan ilmu malah sebaliknya, ilmu akan abadi.
9. Seseorang yang banyak harta akan dijunjung tinggi hanya karena hartanya. Sedangkan orang yang kaya ilmu dianggap intelektual.
10. Harta akan membuatmu tidak tenang dengan kata lain akan mengeraskan hatimu. Tetapi, ilmu sebaliknya, akan menyinari hatimu hingga hatimu akan menjadi terang dan tenteram karenanya.
    Selepas tu, Saidina Ali sedar yg dia diuji oleh org2 dr kaum Khawarij dan berkata, "Andaikata engkau datangkan semua orang untuk bertanya, insya Allah akan aku jawab dengan jawaban yang berbeda-beda pula, selagi aku masih hidup."
    So last skali 10 org tu pon mengakui kebenaran kata2 Rasulullah SAW.

Kita pon kena la percaya gak ngan apa yg Rasulullah SAW sabdakan. =)

~1 soklan, 10 jawapan. Aku satu jawapan pon takleh nak bagi kat brader Egypt tu. Betapa daifnye diri ini…

Comments are closed.