Katakan Pada Cinta
Dia hanya seorang gadis yang pernah berkata pada cinta,
"jangan datang kepadaku, kau akan membebankan, menggelisahkan, menyangsikan, mengghairahkan"
Dan dia melarikan diri dari cinta,
sehingga beberapa kali cinta datang kepadanya..
merayu, mendamba dan memuji.
Dia tegar mempertahankan prinsip - katakan ‘tidak’ pada cinta.
Dia menyalahkan cinta,
kerana cintalah ramai yang merana,
ramai yang nestapa dan ramai yang durjana.
Dia meletakkan semua pundak kesalahan pada cinta.
Dan cinta masih begitu.
Masih tulus, suci, indah dan berseri.
Cinta memang begitu, akan terus merayu, mendamba dan memuji.
Kerana Tuhan telah menciptakan Adam, untuk mencintai, melindungi, membajai.
Kerana Tuhan telah menciptakan Hawa, untuk dicintai, dilindungi, dibajai.
Tapi, bila tiba masanya,
dia pasti terjelepok jatuh di hadapan cinta.
Prinsipnya lebur, hatinya akur.
Dia menerima cinta dari tangan seorang pemuda, yang sudi memimpinnya ke gerbang perkahwinan.
Ya..yaa..
Satu yg pasti, pemuda itu bukan calang2 pemuda..
Ada sesuatu, dalam diri pemuda itu yg sukar nak diungkapkan di sini..
yg tiada pada pemuda2 yg biasa ditemuinya.
yg tiada pada ‘pemuda2 hero fantasi’ yg biasa dia tonton di TV mahupun yg pernah dia baca dlm novel2 ‘cinta fairytales’.
yg juga tiada pada pemuda2 yg lain yg pernah cuba mengetuk pintu hatinya dulu..
Bila tiba waktu itu,
dia pasti akan mengakui yg pemuda itu, anugerah terindah yg pernah(bakal) dia miliki..
ya yaa…
Satu hari nanti..
tidak lama lagi..
kerna aku,
benar2 kenal siapa ‘dia’ dan percayakan kuasaNya..