Archive for March, 2006

Aku Gelak Je laa…

Wednesday, March 29th, 2006

Womanprob_1

"To be happy with a
man, you must understand him a lot and love him a little."

"To be happy with a woman, you must love her a lot and not try to
understand her at all."

"A woman has the last
word in any argument."

"Anything a man says after that is the beginning of a new argument."

Yg Bagi Aku Menarik Utk Aku Tahu

Wednesday, March 22nd, 2006
  1. Zikrullah dpt mengusir syaitan, menghancurkan, dan mengalahkannya.
  2. Zikrullah dpt menghilangkan kesusahan dan kesedihan hati.
  3. Zikrullah dpt menjadikan Allah Yg Maha Pengasih, redha kpd org yg mengerjakannya.
  4. Zikrullah dpt mendatangkan kegembiraan dlm hati.
  5. Zikrullah dpt menguatkan jiwa dan raga si pelakunya.
  6. Zikrullah dpt mendatangkan cahaya pada wajah dan hati.
  7. Zikrullah dpt mendatangkan rezeki.
  8. Zikrullah dpt memberikan wibawa, kemanisan dan keceriaan pada wajah pelakunya.
  9. Zikrullah dpt mewariskan mahabbah(rasa cinta), yg merupakan jiwa Islam dan punca kebahagiaan dan keselamatan. Allah telah menjadikan sebab bagi segala sesuatu, sedang penyebab datangnya mahabbah (cinta), adalah Zikrullah secara kesinambungan.
  10. Zikrullah akan mendatangkan muraqabah, sehingga pelaku zikir akan masuk ke dalam pintu hiasan, yakni beribadah kpd Allah seakan-akan kita melihat Allah.
  11. Zikrullah dpt mewariskan inabah, yakni kembali kpd Allah SWT. Kerana itu, seseorg itu pasti akan dpt kembali kpd Allah dgn hatinya dlm setiap keadaan. Allah selalu dijadikan tempat ia mengadu, bersandar, berlindung, menjadi kiblat hatinya, dan menjadi tempat pelariannya pd saat hadirnya bencana dan musibah.
  12. Zikrullah akan membuatkan hati kita dekat dgn Allah.
  13. Zikrullah akan mewariskan haibah (rasa takut) kpd Alah dan ijlal (mengagungkan Allah), kerana Allah sgt menguasai hatinya, dan ia merasa selalu hadir bersama Allah SWT.
  14. Zikrullah dpt mewariskan hidupnya hati, sebagaimana dikatakan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah. Ia berkata : "kedudukan zikir bagi hati laksana kedudukan air bagi ikan, maka bagaimana keadaan ikan apabila ia menjauhkan dr air?"
  15. Zikrullah merupakan futur qulub(santapan hati) dan jiwa.
  16. Zikrullah menjadi salah satu sebab berpaling lidah dari berbuat ghibah, namimah, dusta, berkata kotor atau keji, dan berkata batil. Org yg membiasakan lidahnya dgn zikrullah, maka ia telah memelihara lidahnya dr segala kebatilan dan perbuatan dosa.
  17. Zikrullah dpt mengamankan seseorang dr perasaan menyesal dr hari kiamat kelak.
  18. Zikir merupakan cahaya bagi pelakunya di dunia, di kubur, dan di tempat kembalinya(akhirat). Zikir yg telah menjadi cahaya akan berjalan bersama dirinya di akhirat kelak.
  19. Zikrullah menyemai pahala, membebaskan hamba, pahala menginfakkan harta kekayaan,  pahala melengkapi kuda perang fi sabilillah dgn berbagai barang bekal perang, dan juga menyamai pahala memukul musuh dgn pedang di jalan Allah SWT.
  20. Hati boleh jadi keras dan tidak ada yg dapat meluluhkannya kecuali zikrullah.


Dari Yusairah r.a yg merupakan salah seorg wanita yg ikut hijrah dari Makkah ke Madinah, ia berkata: "Rasulullah SAW pernah bersabda kpd kami:

" kalian harus selalu bertasbih, tahlil, taqdis (menyucikan Allah), dan hitunglah dgn hujung jari-jemarimu, kerana hujung jari-jemarimu itu akan ditanya pada hari kiamat, akan berbicara, dan janganlah lalai, kerana kamu akan lupa terhadap jalan meraih rahmat"  (HR. At-Tirmidzi, Abu Daud, dan Ahmad)

Firman Allah yg maksudnya:

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka esungguhnya Aku dekat, Aku memperkenankan permintaan orang yg meminta, apabila ia meminta kepada-Ku. Oleh itu, perkenankanlah seruan-Ku dan berimanlah kepada-Ku, supaya kamu menempuh jalan yg lurus." (Al-Baqarah:186)

still a daddy’s girl

Sunday, March 19th, 2006

Be a queen.
Dare to be different.
Be a pioneer.
Be a leader.
Be the kind of woman who in the face of adversity will continue to embrace life,
and walk fearlessly toward the challenge.
Take it on.!
Be a truth seeker, and rule your domain, whatever it is
your home, your office, your family-with a loving heart.

Be a queen.
Be tender.
Continue to give birth to new ideas and rejoice in your womanhood.
Stop wasting time being mundane and mediocre.
We are here to teach the world how to love.

It doesn’t matter what you’ve been through,
where you come from,
who your parents are,
nor your social or economic status.
None of that matters!
What matters is how you choose to love,
how you choose to express that love through your work,
through your family,
through what you have to give to the world..

Be a queen.
Own your power and your glory..!


    "every woman lies a queen, waiting to claim her glory"

    -Oprah Winfrey-

Mana satu lagi power?

Saturday, March 18th, 2006

(something to share)

Semalam aku borak2 ngan sorang brader Eqypt nie. Tetiba dia timbulkan satu soklan
    "Money is power, isn’t it?".
Aku pon tanye balik, saje nak mintak kepastian
"Money is power?".
    "Yes, money is power," kata brader tu lagi.
Aku pon jawab "No I don’t think so…".
Pastu brader tu pon dok terkumat kamit sorang diri
    "Money is not power?…Money is not power?… Hmmm…".
Aku pon senyap je pastu. Aku tak boleh berikan reason yg jelas ntuk jawapan yg aku kasi kat dia tu, tp dlm fikiran aku memang aku tak setuju yg money tu power.

    Ada satu kisah di zaman Rasulullah SAW. Rasulullah SAW mengatakan bahawa diri baginda ibarat kota ilmu manakala Saidina Ali bin Abi Thalib ibarat gerbang ilmu. Maka ada la 10 org dr kaum Khawarij nie mcm nak menguji Saidina Ali. Diorg pergi bertanyakan Saidina Ali tentang perbandingan ilmu dan harta, tp one by one la. Setiap kali diorg pergi tanye, Saidina Ali beri jawapan yg berlainan.
1. Ilmu adalah warisan para Nabi dan Rasul, sedangkan harta adalah warisan Qarun, Fir’aun, Namrud dan lain-lainnya.
2. Ilmu akan menjaga dirimu, sementara harta malah sebaliknya, engkau harus menjaganya.
3. Orang yang mempunyai banyak harta akan mempunyai banyak musuh. Sedangkan orang yang kaya ilmu akan banyak orang yang menyayanginya dan hormat kepadanya.
4. Bila engkau pergunakan harta jelasnya harta akan semakin berkurang. Namun bila ilmu yang engkau pergunakan, maka akan semakin bertambah banyak.
5. Jika pemilik harta ada yang menyebutnya pelit (bakhil, kedekut), sedangkan pemilik ilmu akan dihargai dan disegani.
6. Harta akan selalu dijaga dari kejahatan, sedangkan ilmu tidak usah dijaga dari kejahatan, lagi pula ilmu akan menjagamu.
7. Pemilik ilmu akan diberi syafa’at oleh Allah Subhaanahu wa Ta’ala di hari kiamat nanti, sementara pemilik harta akan dihisab oleh Allah kelak.
8. Dalam waktu yang lama harta akan habis, sedangkan ilmu malah sebaliknya, ilmu akan abadi.
9. Seseorang yang banyak harta akan dijunjung tinggi hanya karena hartanya. Sedangkan orang yang kaya ilmu dianggap intelektual.
10. Harta akan membuatmu tidak tenang dengan kata lain akan mengeraskan hatimu. Tetapi, ilmu sebaliknya, akan menyinari hatimu hingga hatimu akan menjadi terang dan tenteram karenanya.
    Selepas tu, Saidina Ali sedar yg dia diuji oleh org2 dr kaum Khawarij dan berkata, "Andaikata engkau datangkan semua orang untuk bertanya, insya Allah akan aku jawab dengan jawaban yang berbeda-beda pula, selagi aku masih hidup."
    So last skali 10 org tu pon mengakui kebenaran kata2 Rasulullah SAW.

Kita pon kena la percaya gak ngan apa yg Rasulullah SAW sabdakan. =)

~1 soklan, 10 jawapan. Aku satu jawapan pon takleh nak bagi kat brader Egypt tu. Betapa daifnye diri ini…

Dari Kekasih Kpd Kekasih

Thursday, March 16th, 2006

Ya Allah..
Engkau mengetahui bahawa hati2 ini telah berkumpul kerana mengasihiMu..
bertemu utk mematuhiMu..
bersatu memikul beban dakwahMu..

Hati2 ini telah mengikat janji utk setia mendaulatkan syariatMu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.
Kekalkanlah kemesraan antara hati2 ini dgn cahaya rabaniMu yg tidak kunjung malap.
Lapangkanlah hati2 ini dgn limpahan iman dan keindahan tawakal kpdMu.
Hidup suburkanlah hati2 ini dgn ina’rafat tentangMu.

Jika Engkau takdirkan mati, maka matilah pemilik2 hati ini sbg para syuhada dlm perjuangan agamaMu.
Engkau sebaik2 sandaran & penolong, Ya Allah..
perkenankanlah..

suara hati seorang wanita

Friday, March 10th, 2006

wanita ini jiwanya lembut..
mudah terguris..
mudah tersentuh..
jiwa yg tercalar, amat sukar untuk diubat..

"sedangkan wanita jika disampaikan dengan cara yang bersesuaian, akan menjadikan dirinya rindu untuk terus dididik, terus diajar, dan terus ditegur oleh lelaki.."

Buatku Tersenyum

Friday, March 10th, 2006

I’m sorry
Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau… suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan di The mall.
    Gadis           : I’m sorry
    Pelancong    : I’m sorry, too
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..
    Gadis          : I’m sorry. three
    Pelancong    : What are you sorry for?
    Gadis           : Err.. I’M SORRY, FIVE..!!!
Jerit gadis itu, sebelum dia lari laju2 tinggalkan pelancong tu..


Uban
Pada suatu hari sedang emak Nurul Janah sedang memasak ,Nurul Janah ternampak ada uban di kepala emaknya lalu dia pun bertanya"emak kenapa rambut emak bewarna putih?"tanya Nurul Janah
Dengan rasa malas ibunya pun menjawab

"Setiap kali anak emak membuat emak menangis , sehelai rambut emak akan bertukar menjadi putih"jawab emaknya.
Kemudian Nurul Janah pun berfikir sejenak dan terus ckp
"Habis, rambut nenek semuanya putih. Ooo.. emak selalu membuat nenek menangis,ye..?"


Cermin Mata
Dalam perjalanan ke daerah tutong , hisham dan isterinya, salma singgah di restoran Aneka Citarasa. Selepas menyambung perjalanan baru salma sedar, dia tertinggal cermin mata di meja restoran.
    "Bang… cermin mata saya tertinggal atas meja tempat kita makan tadi"
"Isssyyy awak ni, benda macam tu pun tak boleh ingat. Ni mana ada tempat nak patah balik kat highway, ni..?"
    "Ala, mahal tau cermin mata saya tu, bang"
"Yalah, yalah, kita pusing balik lah ni"
Setiba kembali di perkarangan restoran Aneka Citarasa ,Salma segera membuka pintu kereta. Cepat2 Hisham,
"Mah, jangan lupa ambilkan abang punya cermin mata sekali, ya..!!"


Tidak akan di hukum
Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam. 


Nenek Ani
    Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do’a) agar di doakan.
    Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin. Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia.
    Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani. Selesai memimpin do’a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".
    Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :
        "Mudhin jangan berdiri di situ…! Jangan pijak saluran oksigen aku..!"


Suami Terbaik
Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "
    "Hello?"
"Abang, nie sayang nie,"
    "Emmm… "
"Abang masih ada di kelab lagi ke?"
    "Iya."
"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"
    "Berapa harganya?"
"Cuma $1500.00 aje"
    "O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"
"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price .. lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "
    "Berapa harga yang dia bagi?"
"Cuma $280,000 …"
    "O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."
"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi…"
    "Apa?"
"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan…. pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu… sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "
    "Berapa harga yang mereka minta?"
"Cuma $740,000… O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. . ."
    "Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga
    $700,000. OK?"
"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"
    "Bye… I Love you too…"
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone… sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :
    "ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA…?"

Katakan Pada Cinta

Tuesday, March 7th, 2006

Dia hanya seorang gadis yang pernah berkata pada cinta,
"jangan datang kepadaku, kau akan membebankan, menggelisahkan, menyangsikan, mengghairahkan"

Dan dia melarikan diri dari cinta,
sehingga beberapa kali cinta datang kepadanya..
merayu, mendamba dan memuji.

Dia tegar mempertahankan prinsip - katakan ‘tidak’ pada cinta.

Dia menyalahkan cinta,
kerana cintalah ramai yang merana,
ramai yang nestapa dan ramai yang durjana.
Dia meletakkan semua pundak kesalahan pada cinta.

Dan cinta masih begitu.
Masih tulus, suci, indah dan berseri.
Cinta memang begitu, akan terus merayu, mendamba dan memuji.
Kerana Tuhan telah menciptakan Adam, untuk mencintai, melindungi, membajai.
Kerana Tuhan telah menciptakan Hawa, untuk dicintai, dilindungi, dibajai.

Tapi, bila tiba masanya,
dia pasti terjelepok jatuh di hadapan cinta.
Prinsipnya lebur, hatinya akur.
Dia menerima cinta dari tangan seorang pemuda, yang sudi memimpinnya ke gerbang perkahwinan.

Ya..yaa..
Satu yg pasti, pemuda itu bukan calang2 pemuda..
Ada sesuatu, dalam diri pemuda itu yg sukar nak diungkapkan di sini..
yg tiada pada pemuda2 yg biasa ditemuinya.
yg tiada pada ‘pemuda2 hero fantasi’ yg biasa dia tonton di TV mahupun yg pernah dia baca dlm novel2 ‘cinta fairytales’.
yg juga tiada pada pemuda2 yg lain yg pernah cuba mengetuk pintu hatinya dulu..
Bila tiba waktu itu,
dia pasti akan mengakui yg pemuda itu, anugerah terindah yg pernah(bakal) dia miliki..

ya yaa…
Satu hari nanti..
tidak lama lagi..
kerna aku,
benar2 kenal siapa ‘dia’ dan percayakan kuasaNya..

Tentang ***

Sunday, March 5th, 2006

TeNtaNg iDa Dia

Ada yang hilang ketika kau hilang
Hatiku..
Jiwaku..

Ada yang pergi ketika kau pergi
Senyumku..
Tawaku..

Hidupku ikut hilang bersamamu
Cintaku ikut pergi bersamamu

 
"Kesedihan tidak pernah membiarkan kebahagiaan datang sendirian ke hidup manusia, padahal seringkali kita tak punya cukup persediaan untuk menjamunya bersamaan…"
 
"Begitu banyak rasa sakit dan kehilangan di dalam hidup aku. Padahal hidup terlalu singkat buat semua rasa itu…" 
 
"Cuma ada dua hal besar dalam hidup ini. Cinta dan kematian. Ketika kita siap menerima keduanya, bererti kita siap menghadapi apa saja…"

"Beruntunglah manusia yang tahu apa yang mereka cari, dan diberi cukup waktu untuk mencari… kerana aku tak punya cukup waktu untuk itu, bahkan untuk sekadar mencari tahu apa yang aku cari…"

Antara CInta & Kasih-Aishah

Friday, March 3rd, 2006

Tiada ku menduga
Setelah sekian lama aku sendiri… menyepi
Hadirmu bak selembut bayu
Menghembus dingin di wajahku
Mengeringkan air mata
Kau belaian di jiwa

Genggaman erat tangan mu
membuat aku terharu
Keikhlasanmu sungguh
mengusik emosi dan perasaan
Kau jua pernah dipermainkan
Kini kau ingin aku
membelai di jiwa

Walaupun kau bukan kekasih
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
di hati nan terluka
Di antara cinta dan kasih
apakah ada jurang pemisah
Hadirmu membawa cahaya
di hati nan terluka…

G