Setiap insan ada jodoh atau pasangan yang menanti dan
biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang seseorang itu bertemu jodoh
yang berada jauh darinya.
Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa,
usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insya-Allah
akan menemukan anda dengan pasangan.
Banyak orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan
usaha sehingga anda bertemu jodoh.
Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti magnet yang
menarik bakal pasangan anda kepada anda. (Jangan terlalu lama menutup pintu hati & jangan pula seperti terlalu desperate.)
Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk
mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di
dunia ini.
Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat,
beristighfar, baca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan
berfikiran positif.
Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda.
Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan akan membenci anda.
Harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangan pada bila-bila masa. Justeru,
kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan
pertama adalah yang terpenting. (jodoh di mana-mana.. ajal maut pun boleh di mana2 juga.. jadi perlu sentiasa bersedia)
Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan
bentuk badan menjadi tarikan pertama. (dan harus sentiasa berpakaian bersih, bersederhana, wangi & senyummmmmmmmmmmmm)
Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada
bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk
menerima cinta.
Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan
mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat
murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan
hingga berjaya. (ida mmg suka guna bahasa hati, and it works..!!!)
Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada
bakal pasangan. (untuk elak menyesal & supaya lebih confident, selalu lah buat solat hajat & sembahyang istikarah..)
Tidak salah bagi wanita memulakan usaha untuk berkenalan. Lelaki akan sentiasa
merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya wanita yang
memulakannya. (tapi harussss kena dengan caranya.. & jangan terlaluuu murah.. *paham2* hehehe)
Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati serta
bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal
pasangan.
Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat
dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan.
Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan,
semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang
lain serta seronok untuk didampingi orang lain (antara doa2 favourite).
Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap
sesiapa saja boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada
kita.
Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan
dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki yang baru dikenali.
Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang ringkas, tidak
materialistik, mudah berterima kasih, menerima seadanya & reda dengan setiap pemberian lelaki terbabit. (ehemm.. Dear, do u like me bcoz of these….???? hikk.. hikkkk..)
Wanita mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, memahami, penghargaan dan
penghormatan kepada mereka. Oleh itu, lelaki janganlah terlalu berjimat atau
kedekut.
Lelaki harus belajar mengenal kerenah & perasaan (especially during her red moon), pemikiran, kehendak (most of girls love flowers , chocolates & cute teddy bears),
keperluan (make up, baju baru, kasut), kesukaan dan kebencian wanita (Ha haa.. find out yourself).
Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil
yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal
pasangan.
Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan
menambat lelaki terhadap wanita.
Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan perbezaan
sifat, tindakan serta minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat
perbezaan menyesakkan.
Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling
mengimbangi serta melengkapkan sikap dan sifatnya.
Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering
berasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah
tarikan. (konon2 terer guna bahasa hati laa..)
Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki membentuk
hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan bersama.

-ida dah cuba.. anda bila lagi..?? hihii-